SoMEtHIng....mEmORiES..: April 2009

Wednesday, April 29, 2009

Tazkirah....'Perempuan yg baik utk lelaki yg baik,lelaki yg baik utk perempuan yg baik...'

Just something to share...tgh boring2 td ..tetibe terhenti di suatu web...so just to share dgn korang semua...org kata ilmu tu patut dikongsikan...so ini jelah aku mampu...nk share harta...xde harta pun...so sesama ler kita muhasabah diri yer...

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."


Di dalam al-Quran, Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."


Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.


Dengan kata lain, Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.