SoMEtHIng....mEmORiES..

Wednesday, June 3, 2009

a song....something to share..

I dreamed a Dream...
There was a time when men were kind,And their voices were soft,And their words inviting.There was a time when love was blind,And the world was a song,And the song was exciting.There was a time when it all went wrong...I dreamed a dream in time gone by,When hope was high and life, worth living.I dreamed that love would never die,I dreamed that God would be forgiving.Then I was young and unafraid,And dreams were made and used and wasted.There was no ransom to be paid,No song unsung, no wine, untasted.But the tigers come at night,With their voices soft as thunder,As they tear your hope apart,And they turn your dream to shame.He slept a summer by my side,He filled my days with endless wonder...He took my childhood in his stride,But he was gone when autumn came!And still I dream he'll come to me,That we will live the years together,But there are dreams that cannot be,And there are storms we cannot weather!I had a dream my life would beSo different from this hell I'm living,So different now from what it seemed...Now life has killed the dream I dreamed...

Monday, May 25, 2009

Muhasabah Cinta...

Lirik lagu Edcoustic - Muhasabah Cinta
Posting lirik ini di blog anda

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu



myspace layouts

Sunday, May 24, 2009

Dugaan....Ujian...

Mungkin benar hidup manusia takkan pernah terhenti drpd di uji..sebegitu jugak ada didlm firman Allah SWT yg mengatakan yg apakah kita boleh mengaku kita insan yg beriman sedangkan kita tidak diuji....jadi mungkin inilah ujian yg Allah takdirkn utkku...menguji keimanan ku.....Ya Allah kuatkah aku?teguhkah aku utk menempuh ujian Mu.....maka terjawab kembali persoalan itu dgn satu lagi firman yg mengatakan...Allah tidak akn menguji sesorg itu dengan sesuatu di luar kemampuan umtnya....Ya Allah maka berilah aku kekuatan...menempuh tiap ujian drMu.....tunjukkanlah aku jalan...agar aku tidak tersasar dr laluan menuju dan meningkatkan keimananku pd Mu....

Topik kali neh mcm aku nmpk aku neh merintih...Ya Allah tidak bersyukurkah aku pada segala bahagia yg telah Kau beri....sungguh aku hanya mcari tapak utk meluahkn sedikit rasa...sekadar menghilangkn sesak di dada...tidak aku harapkn simpati...tapi sekadar luahan..sekadar bingkisan...harapkalian mengerti...

Mungkin tahun neh byk ujian utk aku....mungkin terlalu byk kegembiraan yg aku lalui sblm neh melekakn aku...maka Allah takdirkn ujian ini utkku mengigtkn aku bhw keindahan dan kebahagiaan dunia ni hanya bersifat sementara...dan pada bila2 masa segalanya akn ditarik balik...Ya Allah maka ampunkanlah dosa2 ku...atas ketelekaan aku terhadap tanggungjawab yg telah Kau perintahkn padaku....

Hmm...16 May aritu...maka bertambah lg sethn umur aku...dan tahun ni mjadi cabaran lg...soalan perkahwinan semakin kerap dan acap di tanya...sedang aku tiada jwpn yg pasti utk kedua org tuaku.....bukan tiada yg mahu....cuma hati bagaikan tertutup...aku sendiri tidak mengerti...bila aku mharap pd sesorg..akhirnya kelukaan sbg balasan...sedang ada yg mengignkn ku...hatiku pula xmmpu terbuka pdnya....sampai bila harus ku menanti..aku sendiri tak pasti....Ya Tuhan andai tulang rusuk ku telah berada dihadapanku kini....maka permudahknlah dia dan aku menjadi satu....bukakanlah pintu hatiku utk menerima dirinya seadanya ciptaanMu...dan begitu juga dirinya...

Dalam bln May ni jugak aku dikejutkn berita....company aku nk tukar job focus...diaorg nk lebih kpd marketing...jadi secara tak langsung....development team kt malaysia akn tertutup...maka satu pencarian kerja harus dilakukan...aku pasrah lg...mungkin ini ujian kedua utk aku...sedang aku kalut mcari pekerjaan...aku terperangkap dlm suasana yg aku sndiri xpsti...dan semakin keliru...terasa nk lepaskn semua...dan mulakan segalanye kembali....tp itu bermakna aku mengalah tanpa berusaha menangani masalah...dan itu bukanlah aku...

aku perlukan kekuatan...aku perlukan sokongan di saat ini...maka kuatkanlah hati aku....tabahkanlah aku meneruskn perjuangan aku dlm pcarian pekerjaan....dan mcari cinta sejati aku...mengharap dan berdoa semoga semua nya mampu berakhir dengan segera...
Izinkan aku Ya Allah mengecap bahagia...sblm tertutup mata....

Tuesday, May 19, 2009

Solat dr sudut pandangan sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif,yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama

Tuesday, May 5, 2009

Ciri2 Kesempurnaan iman....

Hadis :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain." Riwayat Ahmad

Huraian :
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.

2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).

3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik, menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain

Wednesday, April 29, 2009

Tazkirah....'Perempuan yg baik utk lelaki yg baik,lelaki yg baik utk perempuan yg baik...'

Just something to share...tgh boring2 td ..tetibe terhenti di suatu web...so just to share dgn korang semua...org kata ilmu tu patut dikongsikan...so ini jelah aku mampu...nk share harta...xde harta pun...so sesama ler kita muhasabah diri yer...

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."


Di dalam al-Quran, Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."


Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.


Dengan kata lain, Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Tuesday, March 31, 2009

Jangan kau lepaskan...

so sweet....

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku,
dan jangan kau lepaskanku darimu,
Ku takkan pernah tertawa,
Ku takkan pernah bahagia,
Ku takkan pernah merasakannya,
Bila kau tak di sini,
Ku takkan pernah tertawa,
Ku takkan pernah sempurna,
Ku takkan pernah merasakanmu,
Bila kau tak di sini,
oh..
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali,
Izinkan aku berharap dirimu kembali,
Dan kembali,
Dan kembali lagi,
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku,
dan jangan kau lepaskanku darimu,
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku,
dan jangan kau lepaskanku darimu,
Ku takkan pernah tertawa,
Ku takkan pernah bahagia,
Ku takkan pernah merasakannya,
Bila kau tak di sini,
Ku takkan pernah tertawa,
Ku takkan pernah sempurna,
Ku takkan pernah merasakanmu,
Bila kau tak di sini,
oh..
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali,
Izinkan aku berharap dirimu kembali,
Dan kembali,
Dan kembali lagi,
[Reff:]
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku,
dan jangan kau lepaskanku darimu,