SoMEtHIng....mEmORiES..

Wednesday, January 12, 2011

Wish list 2011

wah macam scary plak kan tajuk kat atas ni...hehehe
tapi ni kire macam antara azam gak le untuk dicapai tahun ni....so antara impian dan harapan...

1.nk pergi bcuti2 bsama hubby -->da tcapai awl thn aritu..spending 3d2n kt terengganu...tp still ada keinginan nk g bandung dgn hubby...aritu dia kata nk bawak...tp xtau le bile...hehehe
2.camera DSLR..-->pun da tcapai...pemberian suami tcinta...tp actually hubby yg lebih beria nk ada...so ms bcuti aritu da dapat test skills...alhamdulillah
3.nak ada baby..-->>coming soon ...insyaAllah...
4.nak beli oven-->yg neh sbb teringin nk cuba baking...slalu tgk2 resepi kt web ...nk cube tp xde oven...so hopefully klu da ada leh la baking after this....hubby ckp nk belikn gak..hehehe...best btui...
5.Nk cukupkn kelengkapan rumah-->br kawen kan so umh still mcm umh bujang...kosong je..so slowly2 nk beli brg lengkapkn umh..so nmpk le family house skit....
6.Nak beli umh -->ini aku letak matlamat hjg thn....sbb awl2 thn masa utk menyimpan nk cukupkn simpanan...klu dpt capai thn ni ...alhamdulillah....klu tak...awl thn depan pun masih ok...not in rush...

hmm rasenye cukup le keinginan untuk tahun ni....byk2 sgt takut tak tercapai...so da kena bawak ke thn hadapan...matlamat biar realistik+boleh dicapai....

korang plak cemana???

Tuesday, January 11, 2011

New year 2011

Its been quite a long time after my last entry......pejam celik pejam celik tahun bertukar lagi....maka usia pun bertambah lagi....kedutan2 dimuka pun makin bertambah....tanggungjawab juga bertambah...semuanya seiring dengan peredaran masa....sama ada kita bersedia ataupun tidak...masa tidak akan pernah tunggu kita....bila tiba masanya ia akan terus berlalu...dan tak kan pernah kembali ke saat itu..... dan apa yg tinggal hanyalah secebis kenangan ...sama ada ianya indah untuk dikenang ...perit untuk dilalui.....atau sakit untuk mengharungi...segalanya tetap dengan tabah kita telah berjaya lalui sehinggalah kita bertemu tahun 2011....

Yup...tahun baru...dan bila cakap pasal tahun baru ....semua org akan mula bercakap mengenai impian ...harapan...atau azam tahun baru....Saban tahun kita akan cari azam utk kita di awal tahun baru...dan apakah kita masih terus berpegang pada azam kita bina di awl thn tu mampu kita genggam hingga akhir tahun??tepuk dada tanye selera.....

so hoping u guys enjoys and have a good moment for the whole years....amin..ya rabb....
**Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yg tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu......renung2kan dan selamat beramal...

Monday, October 4, 2010

Pasangan Ideal.....idealkah kita?

Kisah sekadar renungan.....

Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang. "Besok saya bakal menikah, Mulla," kata temannya dengan nada gembira. "Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Mulla pernah berfikir untuk menikah?" tanyanya.

Nasruddin tersenyum dan berkata, "Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya." Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

"Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjuangkan keagamaan." Tanya temannya, "Mulla seterusnya pergi ke mana?" Nasruddin kembali tersenyum "Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

"Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna." "Habis, kenapa Mulla tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?" Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas, " Itulah, dia juga mencari suami sempurna."

kesimpulannye....terimalah setiap insan itu apa adanya dia .....kerana setiap ciptaan tuhan itu terlalu indah penciptaanya....kelebihan kita..tutupilah kekurangan dirinya...semoga kekurangan kita akan ditutupi dengan kelebihan dirinya....kita bukanlah manusia yg maksum....tapi jadilah manusia terbaik dlm setiap nadi nafas kita....

if He among us....

Bagaimana agaknya respon baginda Rasulullah Muhammad S.A.W melihat keadaan umat muslimin di zaman sekarang?Apakah kita melakukan segala sunnah baginda?apakah kita mengikut ajran yg diajar oleh baginda?

Video dibawah adalah satu rancangan yg ditayangkn di Saudi arabia...sekadar berkongsi...mungkin ada patutnya Malaysia juga cube membuat program seperti ini...berbanding membuat program2 yg tidak mendatangkn faedah ...seperti membuli serta menganiaya org lain......mari sesama kita renung2kan dan selamat beramal....

http://www.youtube.com/watch?v=tYXV_lqd1Yw&feature=player_embedded

Thursday, September 30, 2010

Kusyuk dalam solat

Tanda Islamnya kita ialah kita mendirikan solat lima waktu.

Tanda berimannya kita ialah dalam solat kita khusyu’ menghadapNya.
Kata Allah swt,
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu’ solatnya” (Al-Mu’minun:1-3).


Kalau orang beriman itu adalah orang yang khusyu’ solatnya, ini bererti orang yang tidak khusyu’ solatnya adalah orang yang TIDAK BERIMAN?!
“Wahai diri apakah selama ini kita hanya menipu Allah yang kita sudah beriman sedang solat kita tidak menentu khusyu’nya?”


Kata Nabi saw, pahala solat belum tentu kita dapat sepenuhnya. Ia bergantung kepada kualiti solat yang kita lakukannya:
“Sesungguhnya seorang lelaki apabila selesai menunaikan solat, tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua ” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a..


Tanyalah diri ” Wahai diri, berapalah bahagian pahala yang kamu dapat setiap kali solat dan sudah berapa yang terkumpul sepanjang bertahun-tahun hidup.” Diri tidak bisa menipu lagi kerana dia tahu solat jenis apa yang dipersembahkan pada Allah selama ini.
Astaghfirullahil ‘Azhim…!!

Kata ulama’:
”Khusyu’ itu tidak datang sendiri tetapi perlu diusahakan secara berterusan. Apabila dapat memilikkinya ia adalah lebih baik dari dapat memiliki seisi dunia”


Tundukkan nafsu. Langkahkan kaki dengan tawadhu’ menuju tempat wudhu’. Tumpukan fikiran kepada Allah yang menunggu kehadhiran hati kita. Biarkan roh kita yang sedang dahaga merasa bahagia di saat ini kerana ia terlepas dari himpitan nafsu. Rasakan kelembutan air menyirami jasad kita. Ia bersih dan membersihkan diri dan dosa2 kita. Air ciptaan Allah yang sangat lembut dan menyegarkan ini boleh saja menjadi ganas apabila membentuk badai. Namun dalam ganas atau lembut ia tetap tunduk dan akur kepada hukum Pencipta. Ia mungkin saja merasa bahagia diambil untuk berwudhu walaupun selepas itu ia akan mengalir dengan kotoran yang lain.

Air bertasbih, lantai batu yang kita pijak juga bertasbih. Darah kita bertasbih serentak dengan denyutan jantung tiada hentinya. Kini mulut kita sama-sama menyebut “Allah”…..maka bertasbihlah segala yang ada di sekeliling kita dalam rentak yang harmoni yang hanya dapat dirasakan oleh jiwa yang khusyu.
Dengan air wudhu yang masih menitik di badan, tangan ditadahkan dan mulut berbisik pada Tuhannya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri)”
Kita melakukannya kerana Rasullah saw. pernah bersabda


“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


Inilah langkah-langkah menuju khusyu’ dalam solat. Kita tidak tahu apakah ini adalah wudhu yang terakhir dan solat yang terakhir kerana nyawa kita ada dalam genggamanNya. Saidina Abu Bakar akan menggigil badannya di saat2 begini ketika melangkah menuju solat…kita bagaiamana pula?

Friday, September 24, 2010

Jemputan walimatul urus







Buat sahabat dan kenalan yg mengenali...serta follower blog ni..



sy dengan rase rendah diri dan berbesar hati utk menjemput semua ke majlis walimatul urus saya...yg akan berlangsung pd 30/10/2010..semoga kehadiran semua akn memeriahkn lagi majlis serta mendapat berkat dr Allah SWT .



Monday, September 13, 2010

Dedicated special song to my dearie...mohammad farriz fairuzzaman..


To my dear...soon to be called as my husband...dedicated this special song to you my dear...

Thanks for everything we have shared....May Allah bless us...



saat indah yg kulalui bersamamu

melukiskan kisah cinta di dalam lubuk hati

terbuai nafas cinta yg kau hembuskan

sampai mati pun ku takkan bisa melupakanmu


dan bila waktuku akan mungkin penuhi janji itu

ku serahkan padamu apapun yg ku mampu
reff:harus kuakui aku sayang kamuaku cinta kamu,

oh hanya pada dirimuku ingin kau mampu terima hatiku terima akan cintaku
saat indah yg kulalui bersamamu

melukiskan kisah cinta di dalam lubuk hati

satu rasa yg haus menyentuh bayangmu

menyisakan semua yg kurasa

Luv u my dear...