Dunia hanya pinjaman....sementara...
Sedang aku gusar dan gelisah memikirkn pekerjaan seterusnya...kekdg terfikir ujian yg Allah turunkn utkku ini mungkin kerana ingin memberikan sesuatu yg lebih baik....tp kekdg nafsu didlm diri gagal dikawal...akhirnya hati pertikaikan mengapa semua ini terjadi...mengapa kita di uji...tanpa sanggup menanti dengan penuh S.A.B.A.R...kebahagian yg Allah cuba hadiahkan kepada diriku...betapa lemahnya imanku...tidakkah aku sedar kehidupan dunia hanya sementara...?? dan disaat aku tersedar itu...maka arini tajuk ini aku pilih utk meluahkan sesuatu di dlm blog neh...
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak reti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TEN memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.
Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian: Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali
Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan
Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
2 comments:
Indeed the signs are everywhere, more so for those who seek it.
This being the case, still, most of the time I find myself worlds apart from where I would like to be.
This self is weak, far too weak. Often desires and egos take root and control the self when deep down the soul yearns for something deeper and ever-lasting.
May one day I wake up from my shortcomings.
The Divine Book:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Hidup ini mcm roda ,adakala di bawah & adakala di atas.
Anggap setiap kegagalan itu adalah peluang untuk mengecapi kejayaan lanjut.
Perkara yg mencabar adalah sukar melupakan kekecewaan yg lalu, ia mmg ambik masa & mgkn seumur hidup..
Semoga berjaya menghadapi hidup yg serba mencabar ni.
Post a Comment