
Bingkisan rindu buat teman…
Tika malam berlabuh sepi..
Aku masih sendiri..
Mencari sinar secerah mentari..
Mendamba bahagia seceria pelangi..
Apakah bisa aku miliki teman nan sejati..
Bersama menongkah kehidupan ini….
Malamku kelam tanpa cahaya..
Terus menanti harapkan kau akan tiba
Memberikanku sinar bahagia
Menyirami iman gar terus bercahaya..
Menjadi nakhoda tikaku terleka..
Menggilap persahabatan bak kilauan permata..
Sepi itu indah tika aku bersendirian..
Nnamun kau hadir mengajar erti kehidupan…
Manusia itu saling memerlukan…
Tak mungkin kita mampu tempuh sendirian..
Kkita berpadu atas nama perpaduan…
Moga impian kan menjadi kenyataan..
Kini sepi itu menjadi kerinduan..
Pada insan bergelar teman..
Aku mendaki mencari sinar harapan
Agar persahabatan ini terus berkekalan
Biar hidup dilanda badai
Moga kita terus menjadi kawan..
Sepi itu kini mendamaikan
Walau hati dalam kerisauan..
Kerana kau hadir sebagai peneman
Tika hati dalam kegelisahan..
Walau tiada bicara diungkap..
Engkaulah teman yang setia..
Tika aku berduka lara..
Moga kita terus bahagia…
Sebagai teman yang setia…