PerJAlanan INi...

aku berjalan di satu jalan..
mencari satu sinar harapan,
untuk meneruskan sebuah kehidupan..
aku masih dipermulaan..
tiada ku tahu apa di penghujung jalan..
mahupun di pertengahan
segala terlalu asing bagiku..
tapi laluan ini telah ku pilih
laluan telah ditakdirkan untuk aku
harus aku terus melangkah...
mengutip tiap erti yg ada diperjalanan ini
sekalipun adakala aku terluka..
sekalipun aku terjatuh..
sekalipun airmata saja mjadi peneman hidup
laluan ini masih harus aku teruskan...
kerana aku tidak mahu menjadi insan yg tewas
tewas pada pertengahan jalan..
biar apa mendatang..
biar terpaksa bertongkat..
akan ku teruskan laluan ini dengan sepenuh hati
ku mengharapkan kekuatan ini akan terus bersamaku..
menongkah arus kehidupan
yang sering menguji tanpa menunggu persediaan diri..
andai aku aku gugur sekurangnya aku tahu..
aku terkorban sebagai pejuang..
bukan pengecut yang mengundur di saat musuh menyerang..
adakalanya hati ini goyah dihujani kepayahan
hingga aku jatuh seolah tidak mampu lg berdiri..
syukur sinar mentari masih mahu menemani aku
malah menghadiahkan pelangi indah setelah hujan berlalu
betapa indah pelangi itu menghiasi dada langit..
akhirnya aku sedar setiap kepayahan yg kulalui
bukan kerana aku tidak lagi disayangi..
tetapi ada sesuatu yg lebih indah untukku dihujung sana
hanya kerana aku manusia yg tidak mampu bersabar
aku tidak melihat keindahan di hadapan..
Ya Allah terima kasih atas anugerah yg Kau beri..
Moga aku akan terus menjadi HAMBA yg taat pdMU
